Dimensi minimum tandas, jamban pam dan bilik mandi


Merujuk kepada 'Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984' menyatakan didalam Undang-undang dibawah :

43. Dimensi minimum tandas, jamban pam dan bilik mandi

Dalam semua bangunan saiz tandas, jamban pam dan bilik mandi hendaklah :-

(a) bagi tandas atau jamban pam, dengan pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.5 meter kali 0.75 meter ;

(b) bagi jamban pam dengan psangan selain daripada pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.25 meter kali 0.75 meter;

(c) bagi bilik mandi, tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter; dan

(d) bagi bilik mandi dengan pasangan jamban, tidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter.


Ringkasan dimensi minimum tandas, jamban pam dan bilik mandi:

a. Jamban pam + Jamban duduk 

= 1.5 m x 0.75 m (1.125 m2) bersamaan;

= 4.9 ft x 2.4 ft (11.76 ft2i).

b. Jamban pam + selain jamban duduk

= 1.25 m x 0.75 m (0.93 m2) bersamaan;

= 4.1 ft x 2.4 ft (9.84 ft2).

c. Bilik mandi sahaja

= 1.5 m x 0.75 m (1.125 m2) bersamaan;

= 4.9 ft x 2.4 ft (11.76 ft2).

d. Bilik mandi + Jamban

= 2 m2 / lebar tidak kurang 0.75 m bersamaan;

= 21.5 ft2 / lebar tidak kurang 2.4 ft.


Contoh Pelan Bilik Mandi (Bathroom) :

Bilik Mandi + Jamban = 2 m2 & lebar tidak kurang 0.75 m

Rajah diatas menunjukkan Dimensi Bilik Mandi bersama Jamban (Shower & WC) berukuran 1 m x 2m = 2 m2 bersamaan 3.2 ft x 6.5 ft = 2.4 ft2. Kelebaran bilik mandi ini berukuran 1 m (centre to centre) dengan lebar bersih dalam bilik mandi 0.85 m dapat memuatkan saiz pintu 0.8 m bingkai (frame), 0.75 m daun pintu (Leaf door). 

Kosa kata

Jamban Pam : digunakan bagi maksud mengalirkan kotoran atau saliran daripada mana-mana tandas. / flush.

Jamban duduk : digunakan bagi maksud tempat buang air atau najis secara duduk. / water closet (wc).

Bilik mandi : digunakan bagi maksud tempat membersihkan diri atau mandi. / shower room.

Post a Comment

0 Comments