Merujuk kepada 'Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984' menyatakan didalam Undang-undang dibawah :
42. Luas minimum bilik-bilk dalam bangunan kediaman
(1) Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripda 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luar semua bilik lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
(2) Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu kediaman hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.
(3) Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripad 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.
Ringkasan luas minimum bilik kediaman :
1. Luas minimum bilik
= Bilik pertama (1st) : 11 m2 / 118.4 ft2
= Bilik kedua (2nd) : 9.3 m2 / 100.1 ft2
= Bilik seterusnya : 6.5 m2 / 70 ft2
2. Lebar bilik minimum = 2 m / 6.56 ft
3. Luas dapur minimum = 4.5 m2 / 48.4 ft2 dengan Lebar 1.5 m / 4.9 ft
Contoh Pelan Bilik :
Bilik pertama (1st) dengan minimum luas 118.4 ft2 dan lebar 2 m |
Rajah diatas menunjukkan contoh Pelan bilik pertama (1st) dengan ukuran 2 m x 5.5 m = 11 m2 bersamaan 6.5 ft x 18 ft = 118.4 ft2 . Walaupun ianya menepati undang-undang dengan kelebaran 2m dan luas 11m2 tetapi dimensi ini tidak sesuai untuk dijadikan bilik tidur utama (Master Bedroom) kediaman yang biasanya dilengkap kamar tidur bersaiz 'Queen' atau 'King'.
Bilik pertama (1st) dengan luas 119 ft2 |
Rajah diatas menunjukkan contoh Pelan bilik pertama (1st) dengan ukuran 3 m x 3.7 m = 11.1 m2 bersamaan 9.8 ft x 12.1 ft = 118.5 ft2 . Dimensi ini lebih sesuai untuk bilik tidur utama (Master Bedroom) dengan ruang legar dikedua-dua belah sisi kamar tidur.
Bilik kedua (2nd) dengan luas minimum 101 ft2 |
Rajah diatas menunjukkan contoh Pelan bilik kedua (2nd) dengan ukuran 2.7 m x 3.5 m = 9.4 m2 bersamaan 8.8 ft x 11.4 ft = 100.3 ft2 . Ini adalah contoh dimensi minimum bilik kedua yang ideal dengan memuatkan kamar tidur saiz 'Queen' dan 'King'.
Bilik seterus dengan luas minimum 70 ft2 |
Rajah diatas menunjukkan contoh Pelan bilik ketiga dan seterusnya dengan ukuran 2.2 m x 3 m = 6.6 m2 bersamaan 7.2 ft x 9.8 ft = 70.5 ft2 . Dengan dimensi sebegini hanya menuatkan kamar tidur saiz 'single'.
Kesimpulan
UUBKS 1984 perkara 42 ini menetapkan keluasan dan dimensi minimum yang perlu diikut untuk membina sebuah bangunan kediaman. Tiada saiz bilik yang lebih kecil dari ini dibenarkan. Ruangan yang lebih kecil daripada saiz yang tetapkan ini boleh dinamakan sebagai 'Utiliti' seperti ruangan kecil dibawah tangga untuk kediaman 2 tingkat.
Penggunaan nama 'Bilik Stor' dielakkan dalam bangunan kediaman kerana Bilik Stor memerlukan Kehendak-Kehendak Bomba dan Keselamatan Malaysia seperti Pintu Tahan Api (Fire rated door). (ini akan dibincangkan didalam penulisan akan datang).
*nota : sebarang penambah baik dan ulasan untuk penulisan topik ini sila kemukakan di ruangan komen dibawah.
0 Comments