Astra Nusantara Wedding Hall | Dewan Perkahwinan Melayu

Pandangan hadapan

Astra Nusantara Wedding Hall adalah bangunan khusus yang direka untuk menganjurkan perkahwinan dan majlis keramaian. Rekaan yang besar, luas dan cantik didekorasi untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pengantin dan tetamu mereka. 

Kami akan merangkum elemen utama yang dipinta daripada Client untuk membina dewan perkhawinan Melayu :

1. Saiz: 
Dewan perkhawinan cukup besar untuk menampung jumlah tetamu yang seramai 500 orang pada satu masa. Walapun keluasan ruang lantai aras tanah yang terhad, pihak kami mencadangkan ruang tambahan di tingkat atas (aras 1).

Laluan masuk ke dewan

2. Gaya: 
Dewan perkhawinan ini direka dengan gaya tradisional, mengandungi elemen seperti senibina bumbung bangunan Melayu lama, susur masuk gajah menyusur merentasi kolam air.

3. Fungsi Tambahan: 
Selain daripada mempunyai ruang cukup bagi tetamu untuk duduk dan makan dengan selesa serta ruang pentas untuk persembahan atau pelamin pengantin, dewan ini juga mempunyai bilik persiapan pengantin dan bilik penginapan

Ruang dalaman menghadap ke pentas

4. Kemudahan: 
Dewan perkhawinan ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti sistem penyejukan udara, sistem pembesar suara, dan pencahayaan yang terbaik. Dewan ini juga mempunyai dapur dan ruang makan untuk persiapan dan penyajian makanan.

Ruang dalaman menghadap ke belakang

5. Kemudahan akses: 
Dewan perkhawinan ini boleh diakses oleh tetamu yang berkerusi roda dengan ramp dan tandas boleh diakses pada aras tanah.

6. Tempat letak kereta: 
Disebabkan saiz tanah yang terhad, kawasan tempat letak kenderaan amatlah terhad iaitu 8 petak tempat letak kereta. Semasa majlis berlangsung, kebanyakkan kenderaan terpaksa diletakkan dibahu jalan. 




Post a Comment

0 Comments